Saturday

Marina Yusoff

Apa khabar semua? Harap-harap baik. Topik hari ni, bukanlah tentang artis-artis buat perubahan fizikal. Bukan apa, nak cari bukti-bukti tu memakan masa yang panjang. Kak M tak mahu cerita-cerita Kak M ni menjadi fitnah pula kerana itu bukan niat Kak M mulakan blog ni. Cerita kali ini tentang Marina Yussof pula. Arwah mak Kak M pernah tinggal di blok yang sama dengan keluarga Marina dahulu, di daerah Tampines, malah arwah mak mengenali keluarga Marina juga. Arwah mak Kak M pernah beritahu bahawa Marina ni mempunyai seorang kakak yang terencat akal. Kadangkala suka merayau-rayau di kolong blok sebab Kak M sendiri pernah terlihat. Marina pun dahulu bersekolah di madrasah dan keluarganya boleh dikatakan hidup serba sederhana sahaja. Sebab itulah Marina manis orangnya, persis gadis kampung yang kecantikannya semulajadi. Tapi sedihnya, bila Kak M lihat hidup Marina hari ni, Marina seperti ketepikan keluarganya pula. Lihat sahaja Facebook si Marina, tidak ada satu pun gambar keluarganya, yang ada cumalah gambar beliau dan keluarga ipar duainya. Sedih bukan? Buat diri Kak M, tiada apa yang harus dimalukan dengan keluarga sendiri kalau diri dah berjaya. Jangan kerana sudah berumahtangga dengan orang yang punya nama dan darjat, kita ketepikan keluarga sendiri kerana malu.

Friday

Shahril Wahid

Anugerah Skrin 2010 akan mencari bakat-bakat baru. Tapi Kak M lihat juara Anugerah Skrin 2006, Shahril Wahid, lenyap begitu sahaja. Kalau muncul pun, dalam rancangan yang tak begitu popular di Suria. Kesian Shahril. Sejujurnya, Shahril punya bakat tapi harus kawal darah gemuruh tu apabila berdepan dengan kamera. Kak M boleh lihat tangannya menggigil apabila memegang mikrofon, suara bergetar dan sebagainya lah. Ini membuat Shahril kelihatan agak kaku bila mengacara sebab dah katakan gementar kan. Jadi Kak M harap kali ni penonton tak terburu-buru apabila mengundi. Undilah yang benar-benar dapat dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat media. Kita pun boleh tumpang berbangga bukan? Lagipun, semua anak Melayu jangan risau (maklumlah sejak peristiwa Singapore Idol yang baru berlalu), jadi pilihlah yang ada pakej dan yang boleh kita banggakan. Kita juga perlu mencari pengganti hos-hos mapan seperti Suhailla Salam, Suzairhe, Suhaimi Yusof, Khairudin Saharom, Najip Ali dan yang lain-lain. Sampai di sini sahaja. Isu akan datang, mengenai artis Singapura yang telah membuat perubahan fizikal dan seumpamanya. Jeng3.

Tuesday

Nurul Aini


Kak M ni biasa-biasa ajelah, bekerja di salah sebuah syarikat media tempatan. Maka tak hairanlah kalau Kak M sering bertemu dengan artis-artis tempatan kita untuk membuat laporan di majalah atau akhbar. Sejak-sejak ni, sakit mata Kak M lihat gelagat pengacara dan pelakon tempatan kita, Nurul Aini. Bukan apa, makin berani pula si Nurul sesudah berumahtangga. Berani dalam hal ni pun bukan atas dasar yang baik, tapi dari segi etika sebagai seorang isteri. Dah beribu gambar Kak M lihat beliau ke kelab-kelab malam tanpa si suami. Makin menjadi-jadi lepas dah berkahwin pula! Ingat semua, kahwin bukanlah lesen untuk melakukan maksiat sesuka hati. Kalau nak pun ajaklah suami, jadi tak timbul fitnah yang bukan-bukan. Maaf Nurul, Kak M bukan nak menuduh atau apapun, tapi Kak M tak berapa suka sebab apa kata orang tentang suami Nurul pula. Kalau diizinkan pergi pun, tak berapa manis mata memandang kalau ke tempat-tempat sedemikian lepas dah berkahwin. Lagipun, Nurul ni Kak M lihat dah semakin menunjukkan warnanya yang sebenar. Kalau sebelum berumahtangga susah nak cari kesilapan Nurul sebab beliau amat menitikberatkan soal nama baik beliau dan keluarga, tapi sekarang, what telah happen?

Monday

Bekas pesilat nasional, Muhammad Imran Abdul Rahman































Kak M paling terkejut sekali apabila mendapat tahu tentang kehidupan sebenar bekas pesilat nasional kita, Muhammad Imran. Bukan apa, anak-anak Kak M semuanya meminati Imran dan berbanding dengan pesilat-pesilat yang lain Imran nampaknya seperti seorang 'good boy' dan tidak dapat dinafikan beliau juga menepati ciri-ciri seorang jejaka idaman buat ramai anak gadis di luar sana. Tapi lihatlah gambar-gambar Imran dengan kekasihnya di hotel Ritz-Carlton. Patah hati Kak M. Bukan apa, Kak M berasa amat bangga sekali apabila mendapat tahu Imran telah memulakan sebuah akademi silat sehingga mendapat liputan media tempatan. Tapi inikah sikap Imran sebagai seorang tokoh contoh atau role model? Tentu ramai ibu bapa yang akan berasa bimbang kerana Imran juga mengajar anak-anak remaja mereka tentang dunia persilatan. Tak gunalah mengajar silat dan disiplin diri kalau diri sendiri tak amalkan. Kak M pasti ramai peminat dan pengikut Imran yang akan berasa kecewa jika mendapat tahu tentang sikap Imran yang sebenar. Bahkan, Imran menggunakan istilah 'gundu' ke atas salah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Siglap. Apa ni Imran? Mana keikhlasan sebagai seorang pendidik yang telah menjulang gelaran juara dunia persilatan buat tiga kali berturut-turut?

Aliff Aziz




Aliff Aziz. Apalah yang boleh Kak M katakan? Memang secara jujur Aliff ni perlu mengasah bakat kalau dia benar-benar ingin menyanyi. Dulu sewaktu menjadi finalis Anugerah bukan main kelepas-kelepus memberikan janji akan menaikkan industri muzik Singapura dan sebagainya. Kak M masih ingat lagi, salah satu pengadil undangan dari Malaysia, Syafinaz pernah berkata Aliff ni perlu 'polish' lagi kerana suaranya yang masih berbisik-bisik, tapi lihatlah apa dah jadi sekarang. Anak muda seperti Aliff tidak akan pergi jauh kalau kekal berperangai seperti sedemikian. Masih ramai lagi artis lelaki yang baik-baik dan berbakat yang boleh kita sokong.

Fizah Nizam

Dah lama Kak M tak lihat kemunculan Fizah Nizam di rancangan-rancangan Suria. Dulu pernah juga lihat gambar-gambar Facebook Fizah dan kekasihnya melancong di Bali. Tapi sekarang, nampaknya Fizah dah kembali solo. Inilah realiti kehidupan, satu hari anda memberitahu satu dunia anda sudah melancong dengan kekasih anda, esok harinya dah putus hubungan, buat dek aje. Mana sikap kebertanggunjawaban terhadap maruah dan martabat sebagai seorang artis wanita Melayu?

Hetty Sarlene




Hetty Sarlene pergi melancong dengan boyfriend-memang kisah lama pun. Ni satu hal yang Kak M tak paham, ramai yang berkemampuan dan umur pun dah boleh dikatakan matang benar untuk berumahtangga tapi masih sengaja bergelumang dengan maksiat. Apa cerita ni?

Kita dah lihat bagaimana Hetty bertukar daripada seorang anak gadis sehingga menjadi seorang penyanyi dan pelakon yang mapan di seberang tambak. Beliau juga boleh dikatakan telah berjaya mencipta nama di negara jiran tapi sayang, nilai-nilai moral beliau sudah terhakis dek kehidupan selebriti. Sayang, seribu kali sayang.

Nadia Fadzlini Sharip




Hai,benarlah Nadia Fadzlini rupanya artis yang bergelumang dengan skandal video lucah tu. Kak M ni bukan apa, naik geli geman apabila melihat semakin ramai yang nak jadi artist instant. Filem sana, filem sini. Maklumlah pasaran lakonan di Singapura terlalu kecil kot. Sekarang video dah jatuh salah tangan baru nak buat laporan polis. Dah kalau salah sendiri buat apalah nak buat laporan polis. Tak masuk akal betul.