
Anugerah Skrin 2010 akan mencari bakat-bakat baru. Tapi Kak M lihat juara Anugerah Skrin 2006, Shahril Wahid, lenyap begitu sahaja. Kalau muncul pun, dalam rancangan yang tak begitu popular di Suria. Kesian Shahril. Sejujurnya, Shahril punya bakat tapi harus kawal darah gemuruh tu apabila berdepan dengan kamera. Kak M boleh lihat tangannya menggigil apabila memegang mikrofon, suara bergetar dan sebagainya lah. Ini membuat Shahril kelihatan agak kaku bila mengacara sebab dah katakan gementar kan. Jadi Kak M harap kali ni penonton tak terburu-buru apabila mengundi. Undilah yang benar-benar dapat dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat media. Kita pun boleh tumpang berbangga bukan? Lagipun, semua anak Melayu jangan risau (maklumlah sejak peristiwa Singapore Idol yang baru berlalu), jadi pilihlah yang ada pakej dan yang boleh kita banggakan. Kita juga perlu mencari pengganti hos-hos mapan seperti Suhailla Salam, Suzairhe, Suhaimi Yusof, Khairudin Saharom, Najip Ali dan yang lain-lain. Sampai di sini sahaja. Isu akan datang, mengenai artis Singapura yang telah membuat perubahan fizikal dan seumpamanya. Jeng3.