Tuesday

Nurul Aini


Kak M ni biasa-biasa ajelah, bekerja di salah sebuah syarikat media tempatan. Maka tak hairanlah kalau Kak M sering bertemu dengan artis-artis tempatan kita untuk membuat laporan di majalah atau akhbar. Sejak-sejak ni, sakit mata Kak M lihat gelagat pengacara dan pelakon tempatan kita, Nurul Aini. Bukan apa, makin berani pula si Nurul sesudah berumahtangga. Berani dalam hal ni pun bukan atas dasar yang baik, tapi dari segi etika sebagai seorang isteri. Dah beribu gambar Kak M lihat beliau ke kelab-kelab malam tanpa si suami. Makin menjadi-jadi lepas dah berkahwin pula! Ingat semua, kahwin bukanlah lesen untuk melakukan maksiat sesuka hati. Kalau nak pun ajaklah suami, jadi tak timbul fitnah yang bukan-bukan. Maaf Nurul, Kak M bukan nak menuduh atau apapun, tapi Kak M tak berapa suka sebab apa kata orang tentang suami Nurul pula. Kalau diizinkan pergi pun, tak berapa manis mata memandang kalau ke tempat-tempat sedemikian lepas dah berkahwin. Lagipun, Nurul ni Kak M lihat dah semakin menunjukkan warnanya yang sebenar. Kalau sebelum berumahtangga susah nak cari kesilapan Nurul sebab beliau amat menitikberatkan soal nama baik beliau dan keluarga, tapi sekarang, what telah happen?