Saturday

Marina Yusoff

Apa khabar semua? Harap-harap baik. Topik hari ni, bukanlah tentang artis-artis buat perubahan fizikal. Bukan apa, nak cari bukti-bukti tu memakan masa yang panjang. Kak M tak mahu cerita-cerita Kak M ni menjadi fitnah pula kerana itu bukan niat Kak M mulakan blog ni. Cerita kali ini tentang Marina Yussof pula. Arwah mak Kak M pernah tinggal di blok yang sama dengan keluarga Marina dahulu, di daerah Tampines, malah arwah mak mengenali keluarga Marina juga. Arwah mak Kak M pernah beritahu bahawa Marina ni mempunyai seorang kakak yang terencat akal. Kadangkala suka merayau-rayau di kolong blok sebab Kak M sendiri pernah terlihat. Marina pun dahulu bersekolah di madrasah dan keluarganya boleh dikatakan hidup serba sederhana sahaja. Sebab itulah Marina manis orangnya, persis gadis kampung yang kecantikannya semulajadi. Tapi sedihnya, bila Kak M lihat hidup Marina hari ni, Marina seperti ketepikan keluarganya pula. Lihat sahaja Facebook si Marina, tidak ada satu pun gambar keluarganya, yang ada cumalah gambar beliau dan keluarga ipar duainya. Sedih bukan? Buat diri Kak M, tiada apa yang harus dimalukan dengan keluarga sendiri kalau diri dah berjaya. Jangan kerana sudah berumahtangga dengan orang yang punya nama dan darjat, kita ketepikan keluarga sendiri kerana malu.