Monday

Bekas pesilat nasional, Muhammad Imran Abdul Rahman































Kak M paling terkejut sekali apabila mendapat tahu tentang kehidupan sebenar bekas pesilat nasional kita, Muhammad Imran. Bukan apa, anak-anak Kak M semuanya meminati Imran dan berbanding dengan pesilat-pesilat yang lain Imran nampaknya seperti seorang 'good boy' dan tidak dapat dinafikan beliau juga menepati ciri-ciri seorang jejaka idaman buat ramai anak gadis di luar sana. Tapi lihatlah gambar-gambar Imran dengan kekasihnya di hotel Ritz-Carlton. Patah hati Kak M. Bukan apa, Kak M berasa amat bangga sekali apabila mendapat tahu Imran telah memulakan sebuah akademi silat sehingga mendapat liputan media tempatan. Tapi inikah sikap Imran sebagai seorang tokoh contoh atau role model? Tentu ramai ibu bapa yang akan berasa bimbang kerana Imran juga mengajar anak-anak remaja mereka tentang dunia persilatan. Tak gunalah mengajar silat dan disiplin diri kalau diri sendiri tak amalkan. Kak M pasti ramai peminat dan pengikut Imran yang akan berasa kecewa jika mendapat tahu tentang sikap Imran yang sebenar. Bahkan, Imran menggunakan istilah 'gundu' ke atas salah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Siglap. Apa ni Imran? Mana keikhlasan sebagai seorang pendidik yang telah menjulang gelaran juara dunia persilatan buat tiga kali berturut-turut?