

Aliff Aziz. Apalah yang boleh Kak M katakan? Memang secara jujur Aliff ni perlu mengasah bakat kalau dia benar-benar ingin menyanyi. Dulu sewaktu menjadi finalis Anugerah bukan main kelepas-kelepus memberikan janji akan menaikkan industri muzik Singapura dan sebagainya. Kak M masih ingat lagi, salah satu pengadil undangan dari Malaysia, Syafinaz pernah berkata Aliff ni perlu 'polish' lagi kerana suaranya yang masih berbisik-bisik, tapi lihatlah apa dah jadi sekarang. Anak muda seperti Aliff tidak akan pergi jauh kalau kekal berperangai seperti sedemikian. Masih ramai lagi artis lelaki yang baik-baik dan berbakat yang boleh kita sokong.